Sunday, February 26, 2012

Aku di MRSM Pengkalan Hulu...


1st day(8.02.2012)
Hari ni adalah hari pendaftaran,bayaran,hari beli baju,beli cadar,....dan lain-lain.Aku jumpa sorang kawan ''sedorm'',Namanya Muhammad Safwan Bin Sabri.Jumpa je aku terus tegur die.(ye ke hehehe agaknya la)

2nd day(09.02.2012)
Minggu Orientasi.Memang aku penat dan rasa nak balik umah.(aku bukan homesick).

3rd day(10.02.2012)
Minggu orientasi lagi.tapi hari ni aku cuba nak kenal dengan semua orang badge form 4.rasa mengantuk gila-gila.

4th day(11.02.2012)
Minggu orientasi lagi.(x de menda lain ke nak buat.penat la!!!!

Tuesday, January 24, 2012

Cinta.

LOL! hari ni saya teringin sangat nak post artikel tentang ''CINTA''.Saya rasa anda semua yg membaca artikel saya nih memang pernah 'bercinta'.

Friday, November 4, 2011

Pacat???? saye geli bukan takot!!!


            Sapa pernah pergi hutan angkat tangan!!!!!!!!!!!....x angkat pon x pa saya x nampak pon. : )
kalau korang pegi hutan mesti korang akan jumpa pacat.Itu pon kalau hutan bukit la...Kalau hutan yg orang dok pergi hiking tu ntah la..x pernah jumpa pon........



  


Saya memang geli dengan pacat. Tapi sebab suka aktiviti hiking, terpaksalah biasakan diri.
Sebenarnya tak sakit pun kalau digigit pacat, tapi saya ‘confirm’ menjerit kalau ternampak ia berada di anggota badan. Tak kirala badan sendiri..atau badan orang lain.



Bukan takut tapi GELIIIII!!! Eiii~!! (>.<)



Ni la pacat!!!

   Lintah dan pacat adalah dalam kelas Hirudinea. Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan. Semasa ia menghisap darah, lintah dan pacat akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
– Hirudin akan menghalang darah dari membeku.



Di negara kita yang bercuaca tropika, pacat dan lintah amat banyak.



Haiwan ini mencari mangsanya melalui bau dan getaran bunyi.



Hari ini ada berita kanak-kanak meninggal dunia sebab digigit lintah. Saya tak sangka begitu dasyat sekali penangan gigitan lintah. Bahaya juga rupanya binatang ini.



Kalau di gigit pacat atau lintah apa nak buat ye???




Di sini saya beri sedikit tips:



Bagaimana Nak Buang?



Sekiranya anda digigit pacat atau lintah dan harus membuangnya sebelum ia ‘kenyang’ ( lintah atau pacat selalunya akan jatuh dengan sendiri setelah ‘kenyang’) elok ikut langkah-langkah berikut:



1. Kenal pasti bahagian anterior (mulut) pacat, biasanya di bahagian hujung yang lebih kecil.
2. Letak jari anda ‘adjacent’ dengan mulutnya.
3. ‘Slide’ jari dengan kemas ke arah luka tempat pacat ‘menyedut darah’.
4. Umpil dengan kuku. Apabila sudah tercabut bahagian mulut, kalih bahagian posterior pula dengan segera.



NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.



Rawatan Selanjutnya?



Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan ‘bandage’ ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut.



Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.



Letak ais sekiranya bengkak.



Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau mengalami jangkitan kuman yang serius, segera dapatkan rawatan doktor .



Ada Cara Elakkan Gigitan Pacat?



Tiada jaminan untuk mengelakkan ’serangan’ pacat sekiranya anda berada di ‘lubuk’ pacat.



Semburan ‘insect repellent ‘pada kasut juga kadangkala berkesan untuk elak daripada dipanjat pacat.



Kaedah yang paling ‘reliable’ ialah dengan menutup kulit daripada terdedah. Namun, pacat boleh menerobosi lubang-lubang kasut dan lubang-lubang fabrik yang bertenun kasar.



Penggunaan ‘leech socks’ juga dapat mengelakkan ‘direct contact’ dengan pacat.


















 

Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang ‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia ‘hisap darah’ hingga kenyang dan jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja. Bukan kalau lima belas ekor ye.. *wink*